sejarah dan keterangan Kampung Serkam
Serkam ialah sebuah pekan di Melaka , Malaysia . Ia terletak di laluan Jalan Raya Persekutuan 5, dari Johor Bahru - Batu Pahat - Muar - Melaka . Jaraknya ke Bandaraya Melaka adalah sebanyak 18 kilometer, dan dari Jasin 24 kilometer dari Muar 27 kilometer. Pekan yang berhampiran dengannya adalah Merlimau. Jaraknya hanya 5 kilometer ke Merlimau. Kampung Serkam, Melaka merupakan sebuah kampung di mana ianya tergolong di kalangan yang tertua di melaka dan kebiasaannya mendapat kunjungan dari pendagang Islam sama ada dari Arab mahupun India. Tujuan mereka datang adalah untuk berdagang dah mengembangkan ajaran Islam. Kampung ini juga dijadikan sebagai tempat persembunyian para pahlawan dari Palembang yang telah kalah berperang, dan disebabkan perkara itu, Kampung Serkam ini dikatakan menyimpan banyak rahsia. Manakala perkataan Kampung Serkam itu berasal dari perkataan arab iaitu "Sir" yang membawa maksud Rahsia. manalaka "Ka...