sejarah dan keterangan Kampung Serkam
Serkam ialah sebuah pekan di Melaka, Malaysia. Ia terletak di laluan Jalan Raya Persekutuan 5, dari Johor Bahru-Batu Pahat-Muar-Melaka. Jaraknya ke Bandaraya Melaka adalah sebanyak 18 kilometer, dan dari Jasin 24 kilometer dari Muar 27 kilometer. Pekan yang berhampiran dengannya adalah Merlimau. Jaraknya hanya 5 kilometer ke Merlimau.
Kampung Serkam, Melaka merupakan sebuah kampung di mana ianya tergolong di kalangan yang tertua di melaka dan kebiasaannya mendapat kunjungan dari pendagang Islam sama ada dari Arab mahupun India. Tujuan mereka datang adalah untuk berdagang dah mengembangkan ajaran Islam. Kampung ini juga dijadikan sebagai tempat persembunyian para pahlawan dari Palembang yang telah kalah berperang, dan disebabkan perkara itu, Kampung Serkam ini dikatakan menyimpan banyak rahsia. Manakala perkataan Kampung Serkam itu berasal dari perkataan arab iaitu "Sir" yang membawa maksud Rahsia. manalaka "Kam" pula bermaksud banyak. "Sirkam" membawa maksud "Kampung yang mempunyai banyak Rahsia". Pada mulanya, tanah melayu berada dibawah pemerintahan British, mereka datang ke Kampung Serkam untuk memungut cukai yang telah diketuai oleh A.B Alcum, tetapi telah mendapat tentangan yang hebat dari penduduk setempat sehingga tercetusnya 'Perang Rokam'. Disebabkan oleh peperangan itu, orang tempatan kampung tersebut telah mengalami kekalahan dan majoriti pahlawan yang berasal dari Serkam telah melarikan diri ke Muar dan telah membuka perkampungan yang turut dikenali sebagai 'Lorong Serkam ' di dalam Bandar Muar.
Rumah Tradisional Melayu Melaka
Masjid Jamek Kampung Serkam Pantai
Masjid Serkam Pantai merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Jasin, Melaka.
Masjid ini dibina pada tahun 1853 daripada derma orang ramai dan diperbaharui pada tahun 1965, juga daripada derma orang ramai.
Menurut cerita dari orang tua2 bahawa masjid yang mula-mula didirikan di Kampung Serkam ini iaitu sebuah masjid kecil yang dibuat daripada kayu bertempat di tepi sawah berhampiran dengan Pekan Serkam(Simpang Empat) kerana masa itu penduduk kampung itu ramai ramai disitu iaitu zama Allahyarham Dato’ Abas dan Dato’ Marsah bin Isnin.Tarikh binaan masjid tersebut tiada didapati. Apakala penduduk kampung ini telah bertambah ramai disebelah baruh (selatan) kampung ini, maka bermuafakatlah anak-anak kampung ini mendirikan sebuah masjid yang agak besar diperbuat daripada batu di Serkam Pantai terletak ditepi Sungai Serkam yang ada sekarang. Tatkala hendak meletakkan tapak masjid ini telah menjadi perselisihan anak-anak kampung, setengahnya berkehendakkan masjid itu disebelah timor sungai dan setengahnya berkehendakkan disebelah barat sungai. Menurut pandangan Allah yarham Tuan Imam Hj Mohd Said bin Penghulu Marsah yang terkenal dengan nama Tok Andak serta Tok Penghulu Amar, kedua-dua beliau tidak bersetuju didirikan disebelah timor sungai kerana menurut beliau disebelah barat sungai pada masa itu ada seorang tua yang menjadi guru agama yang ramai bilangan murid2nya bernama Tuan Haji Hasan bin Hj Ab Aziz mungkin beliau akan mendirikan sebuah masjid lain pula disoloknya ditakuti anak anak kampong akan jadi berpuak-puak antara timur dan barat . Oleh sebab pandangannya munasabah, maka anak anak kampung sebulat suara bersetuju meletakkan bangunan masjid ini disebelah barat Sungai Serkam ditempat yang ada sekarang ini. Kayu-kayu yang digunakan bagi binaan masjid ini kebanyakan ditarik dengan kerbau dari hutan-hutan yang besar dan batu-batunya pula digunakan batu-batu karang yang diambil dari laut berhampiran Pulau Besar dengan mengunakan perahu-perahu oleh anak-anak buah kampung, dan daripada batu-batu karang inilah dibina dinding-dinding masjid dan setengahnya diukir dibuat berbagai-bagai gubahan untuk menghiaskan kemuncak dan penjuru-penjuru atap atap masjid ini dengan elok dapat dilihat hingga sekarang. Kerja mendirikan masjid ini diketuai oleh Allah yarham Datok Penghulu Amar dan Imam Tuan Hj Mohd Said bin Penghulu Marsah yang terkenal dengan panggilan Tok Andak. Allahyarham telah meninggal dunia di Muar, Johor pada tahun masihi 1888 beliau pindah ke Muar bersama-sama keluarganya disebabkan membawa diri akibat pertentangan dengan pegawai pemerintahan kerajaan British yang mentadbirkan Daerah Jasin Melaka didalam perkara menetapkan cukai tanah di Serkam ketika itu. Ramai anak-anak buahnya dari Serkam mengikut beliau berpindah lalu membuat kampung halaman di Muar hingga sekarang masih terdapat nama satu jalan Lorong Serkam dibandar Muar. Perpindahan mereka adalah dengan persetujuan Sultan yang memerintah Johor ketika itu iaitu AlMarhum Sultan Abu Bakar. Pusara Allahyarham sentiasa diziarahi oleh anak cucunya hingga sekarang bertempat di tanah perkuburan Saidiah iaitu mengambil sempena nama beliau. Gambar Masjid Jamek Kampung Serkam sekitar tahun 1940an.
CERITA TAMBAHAN : Maka mula mula ura-ura hendak mendirikan Masjid Serkam yang kedua ini ialah disebelah sungai sebelah timor, maka jauh telek pendapat fikiran Allahyarham Dato’Andak iaitu Tuan Hj Mohd Said dan Tuan Khatib Jamal dan Tuan Bilal Ridin, lok didirikan sebelah barat sungai ini kerana katanya kita belum ramai jika didirikan sebelah timor takut orang sebelah barat akan mendirikan lagi masjid sebelah barat. Kelak masa itu takut kita belah timortak cukup jemaah.Dengan sebab itu sebulat suara anak anak buah setuju didirikan masjid ini disebelah barat sungai Serkamini diatas sebuah tanah yang telah diwaqafkan oleh LAHAD namanya dan ada kuburnya dihadapan mihrab masjid ini. Kemudiandengan pakatan ketua ketua kampung dengan panduan Dato’Andak lalu dapat didirikan sebuah menara tempat azan. Kemudian masa Imam Hj Daud Hasanuddin dan Khatib Hj Mohammad dan Bilal Hj Taha, lalu dapat diperbaiki rumah masjid ini digantikan apa-apa yang buruk dan membuat atap kolah masjid. Maka dengan ikhlas Tuan Hj Mohd Ali Hj Mohd Said pada haribulan 14 Rejab 1359 H berbetulan 18 Ogos 1940 beliau mengeluarkan belanjanya sendiri mendirikan tiga tiga rumah tangga masjid ini (Lihat gambar rumah tangga masjid)
TARIKH DIDIRIKAN MASJID YANG ADA SEKARANG Pada papan pintu tengah hadapan masjid ini ada papan bersurat akan tarikh didirikan masjid ini tertulis dengan ukiran huruf jawi yang elok seperti berikut: Gambar ukiran kayu tulisan jawi lama dengan pernyataan sejarah
Sanah 1279H ( tahun 1279H ) “Kepada empat belas haribulan Syawal hari Khamis jam pukul lapan masa itu perihal Datok Penghulu Amar dan Tuan Imam Hj Mohd Said Ibni Al-Marhum Datok Penghulu Marsah serta anak-anak buah membuat waqaf di Kampung Serkam mendirikan Agama Rasulullah membuat Masjid Allah tempat sembahayang segala hamba Allah” “Amin Ya MujibasSaailin” Akan tarikh hijrah yang tersebut bersamaan tahun masihi 1853 dari tarikh tersebut hingga sekarang masjid ini telah berumur lebih dari 126 tahun. TANAH TAPAK MASJID Tanah tapak masjid yang ada ialah diwaqafkan oleh seorang tuan tanah yang bernama Datok Lahad yang tinggal berhampiran masjid itu pada ketika itu dan kuburnya ada didalam kawasan masjid dihadapan mehrab dengan bertembok batu.
TARIKH DIBINA MENARA Menara masjid yang ada sekarang tingginya kira-kira 70 kaki telah dibina dalam tahun 1280 Hijrah digunakan tempat bilal azan yakni ‘bang’ tiap tiap waktu bagi memanggil orang datang sembahayang dimasjid terutama pada hari Jumaat dan juga untuk dipasang lampu dikemuncak menara itu menandakan malam hari kebesaran umpama hariraya. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan bagi membuat menara itupun dari batu batu karangan laut juga yang diambil oleh anak-anak buah kampung dari laut berhampiran Pulau Besar dilaut Melaka dengan menggunakan perahu. Kapur digunakan bagi mengikat batu-batu tersebut kerana simen sukar didapati ketika itu. Satu peristiwa telah berlaku iaitu tatkala menara itu baru-baru siap dibina, sekalian tukang tukang dan orang kampung pun ramai yang cuba naik keatas menara itu untuk menyaksikan dan setelah selesai sahaja mereka turun ,tiba tiba dengan takdir Allah s.w.t menara itu runtuh rebah ketanah. Masing masing mengucap syukur kehadrat Allah s.w.t kerana terlepas daripada bahaya ditimpa kemalangan jiwa. Setelah itu bermuafakatlah sekalian anak anak kampung bagi membina semula menara itu dengan teguhnya ditempat yang ada sekarang juga. Kekal tiada tumbang dan masih digunakan dengan baik hingga sekarang.
SEJARAH MIMBAR MASJID Mimbar masjid yang ada sekarang telah diperbuat dalam tahun hijrah 1286 iaitu bagi tempat khatib membaca khutbah, diperbuat daripada kayu yang baik berbentuk sengan menarik atap dan dindingnya berukir dengan bunga2an awan larat yang elok. Menurut ceritanya tukang yang membuatnya itu terdiri tiga orang tukang yang mahir membuat ukiran dari anak anak kampung serkam sendiri iaitu: Allahyarham Encik Yunos (Tukang yang tua) Allah yarham Encik Ibrahim (Tukang yang muda) Allahyarham Encik Berima (Tukang ketiga) Nama ketiga-tiga mereka ada diukir dibahagian sebelah dalam mimbar itu perkataan berangkap seperti syair ditulisan dengan ejaan tua seperti yang disuratkan dibawah ini: ''Mimbar dia buat tukang bertiga Encik Unus tukang yang tua En Aim tukang yang muda En Beri ma tukang ketiga En Aim tukang yang muda Menulis bunga menang ada Bunga dikarang dalam dada Awan bercampur bunga berlanda Encik Berima tukang ketiga Memahat bunga bagi dijangka Tangan memahat hati mereka Sekuntum bunga cempaka.'' Di pintu tembok hadapan masjid itu ada dibina sebuah rumah tempat manruh beduk (tabuh) untuk dipalu pada hari hari Jumaat menandakan masuk waktu sembahyang Jumaat seperti digunakan disetengah2 masjid di negeri ini hingga hari ini. Tarikh dibina iaitu pada tahun 1929. Pada masa ini rumah beduk yang tersebut telah dipecahkan kerana kawasan itu digunakan tapak bangunan tambahan masjid yang baru yang dibuat dalam tahun 1973. Rumah beduk (Tabuh)
TARIKH DIBINA ATAP RUMAH TANGGA Dalam tahun 1940 telah dibina tiga buah rumah atap tangga masjid, kiri kanan dan hadapan masjid dibina dengan derma ikhlas Allahyarham Tuan Hj Mohd Ali bin Mohd Said iaitu anak Allah Al-Marhum Tuan Imam Mohd Said yang mula membina masjid Serkam ini. Bangunan ini dibuat bertiang batu dan ‘bersattah’ berukir dengan ayat-ayat Quran dengan elok diatas bendul bendul hadapan. Pada masa ini rumah atap tangga bahagian hadapan telah dipecahkan kerana mendirikan bangunan tambahan masjid, manakala rumah atap tangga bahagian kiri dan kanan masih digunakan dengan baiknya.
SAMBUTAN 100 TAHUN UMUR MASJID Pada malam Jumaat 25.6.53 telah genap umur masjid ini selama 100 tahun satu majlis kesyukuran telah diadakan. Pada malam yang tersebut sekalian anak-anak kampung telah berhimpun di masjid kerana mengadakan kenduri arwah kepada sekalian ibu bapa dan datuk nenekyang telah meninggal dunia dan mereka sekalian telah berjasa meninggalkan sebuah masjid untuk anak cucunya hari ini.
BANGUNAN TAMBAHAN MASJID SERKAM Oleh sebab ahli jemaah Serkam telah bertambah tambah ramai dan masjid yang sedia tidak cukup tempat bagi menumpang jemaahnya terutama pada pada hari raya,maka ahli lembaga masjid ini telah berikhtiar membina bangunan tambahan dihadapan bangunan masjid yang sedia besarnya 30x40 kaki iaitu diperbuat daripada batu dan atapnya sotoh bangunan ini telah siap dan dapat digunakan dalam bulan Januari 1973.
MEDAN IKAN BAKAR SERKAM

Dahulu kala, ramai anak-anak muda telah pergi menuntut bidang Agama Islam di Mekah dan telah pulang ke Kampung Serkam sebagai guru agama dan juga telah mendirikan pondok-pondok agama. Ini secara tidak langsung telah membuatkan Kampung Serkam terkenal dengan gelaran ' Serambi Mekah ' . Pada mulanya, Kampung Serkam merangkumi sebahagian besar Kampung Umbai, Kmpung Pulai, Kampung Tedong dan juga Kampung Sempang. Tetapi kesemuanya telah dipecahkan setelah Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957, bagi memudahkan ianya diurus dan juga ditadbir. Nama yang diberi untuk Dewan Undangan Negeri Serkam adalah bersempena Kampung Serkam. DUN Serkam terdiri daripada Kampung Bukit Tembakau, Umbai Pantai, Berangan Enam, Paya Tanjung, Seri Minyak, Pulai, Serkam Darat, Tedong, Sempang dan juga tidak ketinggalan Kampung Serkam itu sendiri.

Medan Ikan Bakar Serkam adalah medan atau perkampungan ikan bakar tertua di melaka, sebelum medan ikan bakar umbai wujud. medan ikan bakar serkam sering dikunjungi oleh pelancong tidak kira dari australia, sri lanka, thailand, singapore dan sebagainya. keenakan ikan bakar nya berbeza berbanding medan ikan bakar yang ini kerana ia menggunakan kaedah pembakaran cara lama.
nasi lemak adalah menu utama bagi pengunjung yang mengunjungi medan ikan bakar serkam. Medan ikan bakar serkam dibuka pada setiap hari dari jam 4.30 hingga 12.00 malam.
kerajaan Negeri Melaka telah mempermosikan perniagaan makanan laut kepada pelancong, medan ikan bakar serkam adalah salah satu medan ikan bakar yang dipromosikan.

Bandar berdekatan: Bandaraya Melaka, Muar, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Singapura
Koordinat-koordinat: 2°7'59"N 102°22'53"E
Sekian sahaja mengenai kampung serkamku ini.
Ayah saya orang kg pulai. Masih ingat lagi awal 80an saya dibawa Nak Dan ayah makan ikan bakar di serkam pantai. Dalam pengetahuan saya.. Tentu lah Melaka antara yg terawal mempromosikan ikan bakar bersama nasi lemak.
BalasPadam